ASSALAMUALAIKUM ~ SALAM SEJAHTERA

28 December 2009

Minggu Terakhir

Minggu ni terasa busy pulak. Khamis malam lepas berjalan2 ke Uptown Sri Gombak. Tak best langsung! Tu laa kalo dah banyak sangat Uptown laa, Downtown laa kat area KL ni dah takde special nya pon. Paling best Uptown lama yang kat Damansara tu dulu jugak.. Kat situ laa Mr. Hubby selalu bawak berjimba-jimba time muda-mudi dulu..Hehehehe..Asal bosan jer, kat sana laa kitorang jalan secara berjemaah ditengah pagi2 buta layan bundle.

Okei, Sabtu nya pulak plan nak ke wedding Sue, classmate time kat kolej dulu tapi apakan daya, takde rezeki Sue nak tengok aku datang majlis dia. Aha. Ni semua gara-gara kaki Mr. Hubby yang dah sakit sampai nak berjalan pon tak boleh. So aku decide bawak dia balik Ampang dan cari orang yang boleh urut.

Dan bertemu laa kami dengan Makteh Normah. Dia ni pangkat nenek pada aku. Susah nak dapatkan khidmat dia ni sebab dia sangat busy mengurut orang kesana sini. Actually dia ni, dah round the world hanya untuk mengurut orang. Kebetulan dia baru balik dari Kanada, so sempatlah 'tangkap' dia untuk urutkan Mr. Hubby.

Dan pertama kalinya, aku menyaksikan Mr. Hubby meratap meraung menjerit bagai nih menahan sakit. Aiyooo...ngilu gak aku tengok. Rupanya, menurut MakTeh Normah, kepala lutut Mr. Hubby dah lari alignment. Kalau bawak gi hospital pon, memang kena operate nak masukkan balik kepala lutut tu. Hah! Nak nanges beb time tengok Mr. Hubby meraung kena urut tu.

Dan seperti biasa, popot semakin membesar dengan sihat dan kuat. Mulut dia dah semakin bising nak borak-borak. Dah pandai naik angin. Lambat bagi nenen je dia dah jerit2..sekarang ni dia dah mula belajar makan nestume. Laju je dia makan. Alhamdulillah.

Justify Full~comot..~

Tahun baru semakin hampir. Yang manis akan dikenang dan yang pahit akan dinyah jauh2 dari ingatan. Buat semua, happy always yaaa...!

26 December 2009

500 sudah bah...

Hye...

Bersempena tahun baru yang bakal menjelang tiba, aku dengan happynya menukar layout baru untuk 'umah' aku ni. Kiut tak kiut belakang kira, yang penting ada butterfly...oke?

Jadi bagaimana dengan azam aku tahun ini? Adakah semuanya telah tercapai? Erm, boleh dikatakan 90% telah berjaya digapai. Yang 10% nampaknya terpaksalah dipostpone ke tahun depan.

Untuk tahun depan, azam aku yang pertama -NAK KURUS- selain tu, aku harap dapat meneruskan penyusuan badan 100% untuk si popot. Dan aku mengharapkan tahun ni kami sekeluarga dimurahkan rezeki dan sentiasa dirahmati ALLAH swt.

Azam aku banyak tapi tak tercerita kat dalam blog ni. Harap2 berkesempatan ditunaikan.

Dan, untuk sekian kalinya, aku ingin menyatakan entry ni adalah entry aku yang ke-500. Wahhh! Moga-moga aku masih mampu mencoretkan rasa di dalam blog yang sangat2 aku sayang nih..

Salam sayang, dan salam tahun baru.

Spice Up Your Life!

25 December 2009

Manusia Kejam Persis Binatang

Manusia sekarang makin kejam kan. Dimana kah mereka meletakkan nilai kemanusiaan dalam diri mereka? Langsung takde hati dan perasaan. Perangai dah macam binatang. Ops, salah...bukan macam binatang tapi lagi teruk dan dahsyat daripada binatang. Justify Full

Cuba tengok National Geography, binatang pon pandai jaga anak. Pandai kasihkan anak. Ni tak, asyik tengok wrestling jer, sebab tu anak sendiri pon jadi mangsa. Bayangkanlah, betapa kejamnya manusia hari ni. Ada anak yang dilempar ke dinding (dia ingat anak dia bola pingpong ke?), ada yang di jerut dileher dan dibuang ke kolam tadahan air. Ada yang campak anak dalam perigi. Gila betol.

Apa lagi? Anak didera, dirogol dan macam-macam lagi laa. Yang racun anak pakai clorox pon ada. Yannadei, clorox tu buat rendam baju laa, bukan bagi minum kat anak tu. Nak mampos, mampos sorang laa kan, yang diracun nya anak tu sekali buat apa?

Sekarang ni kalau baca newspaper, macam dah jadi rutin lak kita baca headline 'anak koma didera bapa' takpon 'anak mati dijerut' 'anak mati diracun bapa' 'mak meroyan campak anak dalam perigi'..benda ni macam dah jadi common lak dalam masyarakat kita.

Tu belom lagi bab buang anak. Macam-macam style diorang buang anak ni tau. Flash anak dalam jamban laa, letak anak dalam surau, buang anak depan umah orang. Sian baby-baby tu semua, ada yang panjang umur, selamat lah. Ada jugak yang mati kesejukan, mati kena gigit semut.

Orang-orang zalim macam ni kan satu ayat je patot kita cakap kat diorang. "Kecik-kecik tak nak mampos, dah besar menyusahkan orang!"

Hutang darah dibalas darah laa. Aku cadangkan mereka ni semua dihukum mati sepertimana diorang buat kat anak2 kecil yang tak berdosa tu. Hukum penjara dan sebat ni dah tak relevan. Orang tak takot dah. Sebab kalau diorang takot, takdenye diorang ni berani nak buat macam tu kan?

Tapi aku yakin Allah swt tu adil. Korang2 yang bertopengkan syaitan ni nantikan je laa balasan yang dijanjikan Allah swt. Di Padang Mahsyar laa semua ni akan dihitung. Time tu dah takde maaf lagi buat kalian.

Padan muka!

24 December 2009

Tahniah Aishah, Tahniah Alang

Tahun depan akan bertambah besar lagi keluarga mertua aku. Tadi baru menerima perkhabaran adik ipar, Aishah dah berbadan dua. Yay! Alhamdulillah, syukur kepada Allah swt.

Yang kelakarnya, aku lak excited lebih-lebih. Macam aku lak yang pregnant nih. Mungkin disebabkan pengalaman baru mengandung dan bersalin si Ar-Rayyan, membuatkan aku teruja kot. Eee...seronoknya ada baby kan, bau harum baby tu masih kekal dalam ingatan aku. Aroma yang paling lazat pernah aku bau. Rasa macam nak gigit kuat-kuat sebab geram.

So Ecah, jangan lasak-lasak yer lepas nih. Jaga pemakanan, banyakkan makan sayur dan minum air soya. Ceh, pandai jer nak kasi nasihat konon..Dulu time preggy, kemain lembik lagi ko Masz, hahaha...

Apapon, semoga Ecah menjalani hari-hari yang mendatang dengan penuh kesabaran dan ketabahan. Orang mengandung ni macam-macam ragam tau. Akak doakan semoga Ecah tak mabuk teruk macam akak. Akak ni sampai nak masuk ke labour room pon still muntah lagi. Tak pepasal kena marah ngan nurse. Sangat kejam nurse tu taw! Haahahha..

Uiks, happy nya aku...Ya Allah, agaknya kegembiraan yang macam ni laa yang aku rasa time aku disahkan mengandung dulu. Best! Best!

Tahniah buat Amir dan Aishah. Tak tau nak coret apa lagi sebab happy sesangat..

Ngeeee.... =)

23 December 2009

Buat Anakku, Muhammad Ar-Rayyan Eskandar

~Muhammad Ar-Rayyan berusia 3 bulan~

Perjalanan masih jauh harus kau tempuh
Ku di sini memerhati tanpa rasa sangsi
Jangan gentar ada sabar semai di jiwa

Ku di sini mendampingi agar kau mengerti


Berlarilah kau berlari

Terbanglah dikau terbang tinggi
Bumi yang engkau jejaki

Janganlah dikau lupai

Andai kucapai si pelangi

Akan kuserah kepadamu

Agar dapat kau mewarnai

Seluruh hidup nanti


Yang hitam harus dijauhi

Jangan disimpan dalam hati

Putihkan jiwamu dengan kasih suci

Kuterima dirimu dengan seadanya

Dalam suka dalam duka
Kau tetap cahaya

Ku bersyukur pada Yang Esa
Punya segala-galanya

Sederhana tapi oh sempurna

Yang hitam harus dijauhi

Jangan disimpan dalam hati


Putihkan jiwamu dengan
kasih suci

"Anakku, mommy mau tido.."

Lepas maghrib tadi, hubby ajak aku jenjalan gi Wangsa Walk. Kali kedua aku datang sini rasa macam dah tak best pulak. . Si popot berkelakuan baik disana. Maksod aku dia tak jerit-jerit mintak nenen laa..So takde laa aku huru-hara nak carik baby room. Dan disebabkan tingkah laku nya yang sopan itu, aku pon membelikan dia sehelai seluar yang ada sale 50%. Okeh yer popot?
~ayah popo bersama popot...haa, can u see popot look at his daddy?~

Then kitorang decide nak makan kat Mali's Danau Kota nearby Uptown..Hubby dari kat umah lagi dia da cakap nak pekena nasi lemak ayam kat situ. Pergh! Kalo gini, dimanakah azam kamu mahu kurus yer masz??? Siang makan mekdi, malam makan nasi lemak..~memang tak patot~

Pastu kami balik dengan senang hati nya. Yay!

**********
4 jam kemudian...

Huwaaarrrgghhh!!! Aku ngantok giler ni weh...Jam dah menunjukkan angka 2.52 pagi tapi si popot masih tidak memberi tanda mahu tido. Bayangkan dari pukul 8 malam dia bangun sampai sekarang dia tak mau tido. Tido pon pukul 11.30malam tak sampai 15 minit dia dah bangun balik. Hoh...! Jenuh aku buai dia alih2 dia tido kejap jer...

~lihatlah betapa bulatnya mata si popot dikala mata si mommy sudah mula layu...~

Hubby dah lama dibuai mimpi. Aku jugak laa yang perlu menahan mata melayankan popot. Then, aku bagi dia 'rasuah' iaitu nenen tapi dia boleh borak-borak pulak time nenen tu. Oke takpe, aku amik pendekatan berbuai pulak. Tapi taktik tu tak menjadik malam nih. Segala nyanyian aku nak mendodoikan dia, dia boleh gelak-gelak jer...Ceh! Pastu dia pulak jerit-jerit tengah2 malam nih.

Untuk tidak mengganggu tido hubby, aku pon bawalah popot keluar dan bukak tv. Heh, secara otometiknya popot berhenti menjerit dan mula memberi fokus dengan cerita Loopididoo yang sedang bersiaran.

~hoh laa si popot ni, kemain mendongak kepala dia tengok tv tu~

Errr...kalo gitu pukul berapa baru aku boleh tido nih?

21 December 2009

Target

Lagi 2 bulan jer...

Kalo tak menjadik jugak, memang aku sekeh muka amoi saloon rambut bawah umah akak aku tu.

Lagi 2 bulan.
Lagi 2 bulan.
Lagi 2 bulan.

Hopefully....~

Aku Wanita Biasa

Dingin dan sepi. Aku dikuasi emosi. Perasaan sedih datang bertandang tanpa sebab. Oh, aku terganggu sebenarnya. Airmata jatuh dan aku sapu perlahan. Ku tatap wajah Ar-Rayyan si buah hati yang sedang tido pulas disebelah. Lapang dada melihatkan dia semakin membesar dengan sihat.

Kehadirannya dalam hidup aku benar2 membahagiakan.

"Jadi kenapa malam ni kamu bersedih?"

"Kenapa?"

"Mengapa?"

"Jawab lah."

Aku masih diam. Buntu. Dan aku menangis. Sedih.

1.58am 21st December 2009

19 December 2009

Through My Window




Don’t want much, I just want everything
Thought that I could, do almost anything
One step in front of the other
Thought that I could do it alone

In the blink of an eye, it’s just another day
Telling me why, I’ll find another way
Got this feeling, got me reeling
I can almost start believing

Now there’s me and you
And we are not alone
You and me
We are together now
Through my window, I can see there’s
More than you and more than me
Me and you
And we are not alone
Different view
We are together now
Through my window, I can see
Our wildest dreams could be so real

I see a spark, it starts a fire
Is this the one worth waiting for?
Thought that I could do it without you
Can’t exist like this anymore

Now there’s me and you
And we are not alone
You and me
We are together now
Through my window, I can see there’s
More than you and more than me

Now there’s me and you, you and me
We are not alone and we are together
Through my window I can see
Our wildest dreams could be so real